19 Mei 2009

Menaja atau Tidak Menaja

Selamat bertemu kembali. Sudah sekian lama saya tidak menulis di blog ini, dan kini saya kembali menulis untuk berkongsi pengalaman saya dengan pembaca sekalian.

Kali ini saya ingin menyambung perbicaraan mengenai menaja. Satu dari aktiviti penting dalam perniagaan jualan langsung MLM. Tanpa penajaan, perniagaan anda tidak akan berkembang maju.

Saya pernah menulis mengenai penajaan berkesan di dalam kiriman saya yang lepas-lepas. Satu punca penajaan kurang berkesan yang dikenalpasti ialah pengharapan kita kepada prospek. Dua isu penting yang saya bangkitkan dalam kiriman tersebut; pertama - berkongsi kebaikan perniagaan MLM tanpa mengharap prospek menyertai kita dan kedua - membuat susulan sekurang-kurangnya 7 kali. Anda memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan kedua-duanya. Tanpa komitmen, anda tidak akan berjaya. Rata-rata kalau anda baca kisah kejayaan para leader dalam industri jualan langsung MLM, rahsia kejayaan mereka ialah berusaha tanpa mengenal erti penat lelah dan tidak berputus asa.

Persoalan yang ingin saya bawa pada hari ini, adakah kita perlu menaja setiap orang yang kita kenali, setiap orang yang kita jumpa atau sesiapa sahaja yang melintas di hadapan kita?

Satu fakta yang perlu kita akui iaitu tidak semua orang ingin menyertai jualan langsung MLM. Mereka lebih selesa berada di dalam keadaan mereka sekarang walaupun mereka tahu peluang besar yang dijanjikan jualan langsung MLM. Mereka akan menutup telinga mereka dari mendengar apa-apa tentang jualan langsung MLM. Anda boleh trick mereka dengan bermacam cara seperti "Ada peluang hebat, tidak perlu menjual dan sebagainya.... buat temujanji untuk penerangan". Mereka akan datang kerana tertarik dengan "iklan", tetapi apabila mereka terhidu sahaja jualan langsung MLM, mereka akan menutup telinga.

Upline akan menasihati anda untuk terus mengiklankan perniagaan anda. Jangan tersalah anggap pula. Bukan saya kata tidak bagus untuk iklankan perniagaan anda. Cuma jangan jalankan perniagaan anda seperti mereka yang menjual jam tangan Rolex tiruan. Terapkan profesionalisma dalam segala urusan perniagaan anda.

Memetik kata-kata Bill Britt, jutawan perniagaan jualan langsung MLM:

"Sebenarnya tiada rahsia. Saya hanya tunjukkan bisnes ini kepada 1,200 orang. 900 kata, 'Tak Nak,' hanya 300 yang mendaftar. Dari 300 tersebut, hanya 85 yang bergerak. Dari 85 tersebut, hanya 35 yang serius, dan dari 35 orang tersebut, 11 menjadikan saya seorang jutawan. Ia hanyalah permainan angka..."

Adakah anda bersedia untuk bermain permainan angka? Jika bersedia, temui 1,200 orang prospek tersebut dan tunjukkan peluang perniagaan anda kepada mereka. Jangan lupa untuk membuat susulan kerana jarang prospek "sign-up" pada pertemuan pertama.

Sekiranya anda tidak sanggup berjumpa dengan 1,200 prospek secara "muka-ke-muka" atau bertemu muka, adakah anda akan terlepas peluang untuk mengecapi kejayaan melalui jualan langsung MLM? Teknologi terkini memungkinkan anda menunjukkan pelan ganjaran jualan langsung MLM anda kepada beribu-ribu orang, malah berjuta-juta orang tanpa perlu anda meninggalkan rumah anda. Anda boleh menunjukkannya kepada sesiapa sahaja tidak kira di mana mereka berada, di Malaysia atau di negara lain. Teknologi yang saya maksudkan ialah Internet dan Autoresponder. Anda boleh menggunakan Internet untuk mempromosi peluang perniagaan jualan langsung MLM anda kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia dan kemudian menggunakan Autoresponder untuk membuat susulan. Bayangkan apa impak yang teknologi tersebut boleh buat ke atas perniagaan anda?

Sebagai contoh penggunaan teknologi, sila lawati laman ini
http://www.niaga.biz/vemma/vemmabuilder.html.

0 Comments:

Catat Komen

<< Home