15 Oktober 2006

3 Kunci Penajaan Berkesan

Kita sambung lagi bicara kita mengenai penajaan berkesan dalam jualan langsung MLM. Kali ini kita akan berbicara mengenai kunci penajaan berkesan. Secara amnya terdapat tiga kunci yang menentukan kejayaan dalam penajaan ia-itu:

Kunci 1: Mencari Prospek

Anda perlu berKongsi cerita dengan 10 orang prospek setiap hari. Sebelum itu anda perlu menyediakan bahan cerita anda. Apa yang perlu dimasukkan dalam cerita anda? Tuliskan sebab yang membuat anda melibatkan diri dengan perniagaan ini dan impak ke atas kehidupan anda. Sebab-sebab yang anda boleh menjiwai dan bercerita dengan cara yang boleh membuat prospek tersentuh, terharu dan terdorong.

Tips: Tumpukan kepada sebab anda menyertai perniagaan tersebut, apa yang anda telah perolehi atau akan perolehinya. Bukan kepada apa yang syarikat tawarkan kepada ahli. Dan ceritakan bagaimana ianya akan memberi impak ke atas kehidupan anda sekeluarga serta masyarakat di sekeliling anda. Sebagai persediaan menghadapi prospek, ceritakanlah cerita anda kepada pasangan anda. Lihat pada wajahnya, adakah beliau tersentuh, terharu dan terdorong dengan cerita anda. Kalau tidak, olah semula cerita anda dan ceritakan semula kepada beliau. Ulanginya sehingga beliau tersentuh, terharu dan terdorong.

Kunci 2: Mengenalpasti Perwatakan/Jenis Prospek

Setiap insan mempunyai perwatakan yang berbeza-beza. Anda tidak perlu mengkaji perwatakan setiap prospek anda. Apa yang anda perlu tahu ialah apa reaksi prospek terhadap persembahan anda. Secara am ianya terbahagi kepada empat jenis:

a. Jenis Kuning - Orang yang suka membuat kerja amal. Akan sertai anda jika ianya dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

b. Jenis Hijau - Orang yang suka kepada fakta. Mereka perlukan bukti untuk mengesahkan cerita anda. Orang jenis ini tidak suka diri mereka dibuktikan salah. Jesteru, sediakan fakta untuk membantu cerita anda. Sekiranya beliau menyertai anda, beliau akan setia.

c. Jenis Biru - Tukang cerita. Bila anda bercerita, dia pun nak bercerita. Beri ruang kepada beliau untuk meluahkan perasaan beliau, tetapi jangan biarkan beliau yang mengawal perjalanan perbincangan atau perkongsian.

d. Jenis Merah - Orang yang suka mengadu (complaint), selalu bercakap yang negatif. Yakini mereka, tetapi jangan membuat mereka kelihatan salah. Mereka tidak menyukainya dan tidak akan menyertai anda. Apabila mereka mengadu, lihat apa yang tersirat dalam aduan mereka.

Contoh:

Prospek berkata, "Saya tiada masa untuk melibatkan diri dengan perniagaan ini".

Mungkin ini jawapan anda, "Oh, itu tidak menjadi masalah. Yang penting ialah penggunaan masa. Kurangkan yang kurang berfaedah seperti menonton TV. Saya pun rasa macam tu juga dulu. Tetapi sekarang tidak lagi".

Cuba renungi jawapan anda tadi. Tidakkah secara tidak langsung anda menyalahkan prospek tidak pandai mengurus masa? Prospek tidak suka diri mereka disalahkan dan seterusnya beliau menolak pelawaan anda. Penolakan itu mungkin datang secara otomatik sebagai reaksi mempertahankan diri.

Cuba timbangkan bahawa "tiada masa" bukan masalah sebenar. Mungkin isu sebenar yang bermain di fikiran mereka adalah seperti berikut:

"Perniagaan ini susah untuk dijalankan".

"Peluang untuk berjaya amat tipis kerana semua orang dah masuk, dah tepu".

"Saya tidak mahu pergi ketuk pintu ke pintu".

Anda perlu korek isu sebenar dari prospek berkenaan. Dapatkan jawapan kenapa mereka beranggapan sedemikian. Berikan pendapat anda dan tanya apa pendapat mereka mengenainya. Sekiranya jawapan anda diterima, besar kemungkinan prospek akan menyertai anda dan soal tiada masa tidak lagi timbul.

Kunci 3: Pengukuhan

Jika anda menaruh harapan, besar kemungkinan anda akan kecewa. Jika anda memberi komitmen, komitmen akan kekal sebagai komitmen walaupun anda tidak mencapai apa yang diinginkan. Bila ada komitmen, apa yang diinginkan akan dicapai jua akhirnya.

Penglibatan diri melahirkan komitmen. Adakan perjumpaan sekurang kurang sekali sebulan untuk memberi peluang kepada ahli berbincang dan berkongsi pengalaman masing-masing. Bekerjasamalah dengan 10 ahli yang komited.

Itulah tiga kunci kejayaan dalam penajaan bagi jualan langsung MLM. Semoga apa yang dipaparkan memberi motivasi kepada anda untuk meneruskan perniagaan anda.

Jumpa lagi pada 5 November 2006. Selamat menyambut Idil Fitri.

2 Comments:

At September 03, 2007 2:36 PTG, Blogger Unknown said...

akum,, tahniah anda mempunyai blog yang begitu bermanfaat,,,saya ada satu pandangan dan satu permintaan,, itu pun kalau boleh,,

1,pandangan-
blog anda amat berguna dan berilmiah,, tetapi saya rasa dari segi promosi mungkin pentingkan seo untuk mempekenalkan blog anda,,bila saya jumpa blog ini saya rasa bertuah bila jumpa blog ni.

2, permintaan-
boleh tak abg wan bagi tips untuk saya yang berminat dengan insuran,, tetapi tak tahu bagaimana nak tackle client dan dapatkan prospek?

 
At September 09, 2007 8:04 PG, Blogger Wan said...

Terima kasih atas komen dan cadangan saudara.

Saya belum berkesempatan untuk gunakan seo bagi promosi, blog pun saya tidak kemaskini sejak beberapa bulan yang lepas. Namun begitu saya akan teruskan juga nanti untuk kepentingan semua.

Sebelum anda nak tackle client/prospek insuran, cuba tanya diri sendiri apa perkara yang sering timbul di kepala bila orang sebut insuran.

Cerita mengenai insuran berlainan dari dalam kepala prospek dengan yang ada pada agen. Kalau Buja sendiri, mengapa perlu beli insuran? Cuba dapatkan jawapan seikhlasnya, selain dari alasan perlindungan diri. Bila dapat jawapannya, sila hubungi saya. Itulah rahsianya, ia sudah ada dalam diri saudara.

Terima kasih.

Ir. Wan Ibrahim

 

Catat Ulasan

<< Home