13 Ogos 2006

Sindrom Kegagalan Jurujual

Kenapa ramai jurujual menemui kegagalan bila menceburi diri dalam perniagaan berbilang tingkat (MLM)? Saya akan ketengahkan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh mereka yang cenderung untuk menjual.

Kebiasaannya masalah yang ada pada jurujual ialah apabila mereka mendapati produk yang anda kenalkan bermutu tinggi, mereka terus sambar dan terbang. Mereka akan sediakan sendiri bahan untuk promosi, mereka tidak perlukan anda untuk mengajar mereka bagaimana untuk menjual kerana mereka pakar dalam bidang menjual. Di sinilah silapnya, mereka tidak faham bahawa perniagaan berbilang tingkat (MLM) merupakan satu kaedah pemasaran. Kaedah pemasaran perniagaan berbilang tingkat (MLM) berlainan dari jualan langsung biasa. Ini yang anda perlu beritahu kepada para jurujual di dalam organisasi perniagaan berbilang tingkat (MLM) anda. Anda bukan hendak mengajar mereka menjual tetapi hendak menunjukkan kepada mereka bagaimana hendak MENGAJAR dan MEMBINA organisasi perniagaan berbilang tingkat (MLM) yang besar. Inilah kunci kejayaan dalam perniagaan berbilang tingkat (MLM). Anda tidak perlu menjual dalam erti kata sebenarnya dan anda tidak perlu mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk berjaya dalam perniagaan berbilang tingkat (MLM).

Sekiranya anda tidak menjelaskan beberapa asas tentang perniagaan berbilang tingkat (MLM), dan mengapa ia berbeza dari jualan langsung biasa, kemungkinan besar mereka akan mengikut jalan yang salah. Kebanyakan orang (terutamanya jurujual) berpendapat bahawa apabila mereka menaja seseorang, mereka telah menduakan usaha mereka. Ia nampak logik tetapi tidak benar. Anda perlu beritahu ahli anda bahawa jika mereka benar-benar ingin menduakan diri mereka, ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya ke tingkat ke 3. Contoh: Jika anda taja Ahmad, anda perlu mengajar Ahmad bagaimana hendak mengajar Ramli untuk menaja Roslan.

Ini yang biasa berlaku kepada jurujual: Dia melihat demonstrasi produk, mendengar atau membaca testimoni mengenai kebaikan produk tersebut. Berbekalkan maklumat ini, mereka memulakan langkah. Mereka menjual bagai nak gila, dari rumah ke rumah, pejabat ke pejabat dan kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa. Mereka tiada masalah untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali, merekakan jurujual!

Jangan pula silap faham pula. Jurujual akan menjadi aset yang paling besar dalam organisasi perniagaan berbilang tingkat (MLM) anda, jika mereka (seperti orang lain) memahami konsep perniagaan berbilang tingkat (MLM).

Kita akan sambung perbualan kita mengenai jurujual dalam perniagaan berbilang tingkat (MLM) di minggu hadapan.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home