28 Februari 2006

Salam Perkenalan

Saya Wan Ibrahim, berasal dari Kelantan tetapi sudah lebih dari 20 tahun menetap di Shah Alam. Saya mula melibatkan diri dengan jualan langsung atau MLM sejak 1988. Berpuluh-puluh syarikat jualan langsung telah saya sertai. Ada yang saya laksanakan dengan bersungguh-sungguh, ada juga yang sekadar daftar sahaja (kumpul kit jualan). Untuk pendekkan cerita, saya belum pernah mencapai kejayaan sebenar dalam jualan langsung.

Ramai leader yang memperolehi pendapatan berpuluh ribu ringgit sebulan. Mereka menunjuk ajar kita dan memberi semangat untuk kita berjaya. Kita menjadi teruja dan melakukan apa yang ditunjuk ajar oleh Leader. Selepas beberapa lama mencuba, kita tidak memperolehi hasil sebagaimana yang diceritakan atau dicapai oleh leader. Kita berputus asa. Kemudian kita sertai syarikat lain pula kerana harapan untuk berjaya masih ada. Namun kejayaan tidak juga dicapai. Kita berpindah dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain. Syarikat aje lain tetapi cerita kejayaan tetap sama.

Di manakah kesilapannya, di manakah kekurangannya? Ini yang saya akan ketengahkan dalam blog ini untuk kita bincang bersama. Kita tidak kurang dengan petua yang diberikan oleh leader. Leader boleh berjaya dengan menggunapakai petua-petua yang diberikan oleh mereka, tetapi tidak kita, kenapa?

Harap dapat kita bincang bersama. Jumpa lagi.

Salam sejahtera.

Ir. Wan Ibrahim

1 Comments:

At Mac 01, 2006 3:53 PTG, Anonymous Nasir said...

Saya telah lama berkecimpung dengan mlm ni. Macam2 dah buat, dah naik malas. Orang kata boleh buat duit ribu2 tapi saya tak dapat pun.

Nak taja orang, orang tak mahu. Yang dah masuk pun tidur. Apa nak buat? Elok juga kalau ada rahsia yang boleh dikongsi bersama.

 

Catat Ulasan

<< Home