19 Ogos 2006

Sindrom Jurujual - Bahagian 2

Kita sambung semula cerita mengenai jurujual.

Katakan anda mempunyai jurujual dalam organisasi perniagaan jualan langsung (MLM) anda. Kita namakan dia Mansur. Anda beritahu Mansur yang dia perlu menaja jika ingin berjaya dalam perniagaan MLM. Jadi apa yang dia buat, memandangkan dia seorang jurujual yang hebat, dia tidak mempunyai masalah untuk menaja 3 hingga 4 orang seminggu.

Cuba kita perhatikan bersama, ini yang biasanya terjadi: Sampai satu ketika, biasanya tidak lama, ramai ahli yang gugur dengan kadar yang sama cepat dengan penambahan ahli baru. Jika penaja tidak bekerja sama-sama dengan ahli yang baru dibawa masuk, mereka akan berputus asa dan tidak lagi mahu meneruskan perniagaan.

Mansur menjadi putus semangat dan sedikit kurang sabar apabila melihat organisasinya tidak berkembang dan membuahkan hasil. Dia kemudian mencari perniagaan lain. Orang yang menaja Mansur percaya Mansur boleh membuat beliau menjadi kaya. Apabila ini terjadi, beliau patah semangat dan tidak mahu lagi terlibat dengan perniagaan jualan langsung (MLM).

Mari kita kaji kaedah yang Mansur gunakan agar kita dapat lihat dengan jelas apa yang membuat perniagaan beliau gagal. Mansur menaja 130 orang dan dia berjaya membuat setiap downline beliau menaja 5 orang. Dari sini ahli organisasi beliau bertambah sebanyak 650 menjadikannya 780 orang. 780 orang ini akan membuat Mansur kaya? Jawapannya tidak, seorang demi seorang akan mula menyimpan kit jualan atau kit perniagaan di bawah katil.

Jadi, apa yang perlu dibuat? Cuba tanya diri sendiri, yang mana lebih senang, menaja 130 orang atau 5 orang? Sudah tentu lebih senang menaja 5 orang. Bagaimana nak membina organisasi anda? Taja 5 orang yang serius hendak menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM). Kemudian ajar mereka bagaimana hendak menaja 5 orang. Selepas itu ajar mereka bagaimana hendak mengajar 5 orang yang mereka telah taja menaja 5 orang yang lain. Organisasi anda kini mempunyai seramai 755 orang dan berkembang ke tingkat ketiga. Apabila berkembang ke tingkat ketiga, peluang anda untuk berjaya adalah lebih cerah.

Anda mungkin bertanya, "Apa yang nak diajar?" Jawapannya, ajarkanlah mereka apa yang anda belajar dari Blog ini. Masih ramai lagi yang tidak memahami konsep perniagaan MLM yang sebenarnya. Apabila mereka sudah mengenali perniagaan MLM yang sebenar, mereka akan jatuh cinta dengannya.

Peringatan: Ramai Leader secara tidak sedar menggalakkan ahli mereka meninggalkan perniagaan jualan langsung (MLM) masing-masing. Apabila ahli mereka menaja 5 orang, Leader mengucap tahniah dan memberi galakan untuk menaja lebih ramai lagi. Pada minggu berikutnya beliau berjaya menaja 5 orang lagi. Apa yang dah jadi dengan 5 orang yang ditaja pada minggu pertama?

Mereka "Masih Lagi Meraba" dan sedang berada di tebing lurah yang dalam. Jesteru, apabila anda telah menaja seseorang, anda perlu tolong mereka untuk menaja seseorang yang lain. Anda juga perlu mengajar mereka untuk membantu orang yang telah mereka taja untuk menaja orang lain.

Salam Sejahtera, jumpa lagi 2 minggu dari sekarang.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home