17 September 2006

Konsep 5M: Penajaan Berkesan

Selamat Berjumpa Kembali, kita sambung semula perbicaraan kita mengenai "Menaja".

Ramai di antara kita berkeberatan untuk memperkenalkan jualan langsung MLM kepada prospek, terutamanya kepada saudara mara dan sahabat handai. Dari kajian didapati bahawa perasaan malu untuk bercakap bukan penyebabnya. Mari kita analisa bersama, apa punca sebenarnya.

Ada seorang pembaca yang mengatakan beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk tampil di hadapan orang ramai dan bercerita mengenai penjagaan kereta. Namun untuk bercerita mengenai peluang jualan langsung MLM kepada kumpulan yang sama, beliau menjadi kaku dan kelu. Beliau bukannya tidak tahu mengenai peluang baik yang ditawarkan oleh jualan langsung MLM. Apa yang sebenarnya berlaku di sini?

Pertimbangkan bahawa ramai dari kita menyertai jualan langsung MLM kerana tidak mahu mengecewakan saudara mara atau kenalan yang menunjukkan peluang tersebut kepada kita. Setelah menyertainya, kita beranggapan bahawa orang lain juga akan menyertai kita kerana terpaksa. Kita tidak mahu "memaksa" mereka kerana tidak mahu kelihatan buruk di mata mereka. Sekiranya tidak "memaksa" kita yakin bahawa mereka tidak akan menyertai perniagaan jualan langsung MLM yang kita perkenalkan. Jesteru kita tidak mahu menceritakan peluang yang ditawarkan oleh jualan langsung MLM kepada prospek yang lain kerana mahu menjaga perhubungan atau pun kerana takut akan dikecewakan.

Ini adalah lumrah bagi manusia biasa. Setiap manusia biasa tidak mahu kelihatan buruk di mata kenalan, setiap manusia biasa takut dengan kekecewaan. Apa yang perlu dilakukan?

Dalam apa pun perkara yang kita lakukan, kita biasanya menaruh harapan untuk mencapai kejayaan. Bila apa yang diharapkan tidak dicapai, kita akan kecewa. Selepas beberapa kali kecewa, kita akan berputus asa dan membina tanggapan buruk terhadap perkara tersebut.

Berbalik kepada cerita kawan kita yang tidak mempunyai masalah untuk memberi penerangan mengenai penjagaan kereta. Apabila beliau memberi penerangan, beliau secara ikhlas memberi penerangan agar kenalan beliau memahami tentang penjagaan kereta. Beliau tidak mengharap kenalan beliau membeli apa-apa produk yang direkomenkan atau menghantar kereta ke sesuatu woksyop tertentu. Sekiranya kenalan tidak membeli apa yang direkomenkan, beliau tidak merasa kecewa kerana komitmen beliau adalah untuk menerangkan tentang penjagaan kereta kepada mereka.

Tetapi apabila kita memberi penerangan mengenai peluang jualan langsung MLM, kita menaruh harapan yang tinggi agar prospek menandatangani borang permohonan selepas kita selesai memberi penerangan. Jika mereka menolak, kita biasanya akan merasa kecewa. Selepas beberapa kali dikecewakan, kita tidak lagi sanggup untuk meneruskan perjuangan dan menyimpan kit jualan di dalam setor atau di bawah katil. Lebih teruk lagi, kita menyimpan tanggapan buruk terhadap industri jualan langsung MLM.

Untuk peringatan semua, majoriti dari prospek (untuk mana-mana penjualan) akan membuat pembeliaan selepas tujuh kali diberi pendedahan kepada prebiu atau iklan mengenai peluang, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Apa yang boleh membuatkan kita mempunyai semangat untuk terus memberi pendedahan atau penerangan kepada prospek? Jawapannya, komitmen!!! Kita boleh memilih untuk komited dalam memberi penerangan mengenai jualan langsung MLM. Komitmen kita agar semua prospek memahami akan peluang hebat yang ditawarkan oleh jualan langsung MLM. Komitmen kita agar mereka sedar bagaimana perniagaan jualan langsung dapat mempertingkatkan kedudukan kewangan mereka. Terpulanglah kepada mereka samada ingin menyertai kita atau tidak. Walau apa pun keputusan yang mereka ambil, ianya tidak sedikit pun menjejaskan hubungan kita dengan mereka.

Pertimbangkan bahawa setiap harapan yang gagal dicapai akan berakhir dengan kekecewaan. Manakala setiap komitmen yang berakhir dengan kegagalan akan tetap tinggal sebagai komitmen. Apabila ianya kekal sebagai komitmen, lambat laun apa yang diinginkan akan dicapai jua akhirnya. Walaupun ianya tidak dapat dicapai, kita akan merasa puas hati kerana dapat melaksanakan komitmen kita.

Jumpa lagi 2 minggu dari sekarang.

1 Comments:

At Mac 12, 2011 10:50 PG, Blogger Alia Syairah said...

setuju ngn apa yg diperkatakn..nk share ckit...setakat niy,sy pernah mghadiri seminar keusahawaan mahasiswa di kota damansara..leader yg membawa sy..mereka memperkenalkan sy dengan produk pendidikan elearning..ape yg menarik perhatian sy,dlm seminar tu mereka memperknlkan kami dgn produk mereka dan meraka mengajar kami bgaimana nk tarik perhatian pgguna,cmne nk berckp dgn yakin,nak baut market cmne..byk laa ilmu yg dpt ble mghadiri seminar tu..mereka juga menggalakkn ssiapa yg mempunyai prospek,mbawa prospek ke seminar ini terlebih dahulu untuk menimba ilmu sebelum menjalankan pemasaran.. ibaratnya sbelum berperang,kena laa bersiap sedia dengan senjata,skill yg hebat utk berperang...

 

Catat Ulasan

<< Home