21 Mei 2011

Motivasi Untuk Pengusaha MLM

Setiap pengusaha MLM memerlukan kejelasan mengenai apa yang mereka inginkan dari bisnes tersebut. Kunci kepada kejayaan adalah kejelasan matlamat atau tujuan. Untuk mendapat kejelasan, anda perlu bertanya kepada diri sendiri beberapa soalan.

Apakah matlamat menceburi bisnes MLM?

Jika anda menjawab, "Untuk mendapat kebebasan kewangan," apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan? Adakah memperolehi RM20 ribu sebulan boleh dianggap sebagai kebebasan kewangan?

Jika anda menjawab, "Membantu orang lain mencapai impian mereka," adakah itu yang sebenarnya anda mahu? Atau hanya mengikut cakap orang lain, atau pun hanya untuk menutupi matlamat sebenar.

Untuk menetap matlamat, para motivator menyarankan kita menggunakan pendekatan SMART. Ia adalah singkatan kepada Specific, Measurable, Attainable, Realistic, dan Timeline.

Apabila sudah mendapat kejelasan, anda perlu bertanya adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut. Contoh soalan yang perlu ditanya, "Adakah anda sanggup untuk belajar, ditegur, dinasihat, dan sabar." Belajar tak kira dari siapa, walau pun dia hanya seorang penyapu sampah. Tidak kurang penting juga, belajar dari kesilapan kita dan juga kesilapan orang lain. Sikap tidak sabar membuat seseorang pengusaha MLM mencari jalan singkat untuk mencapai kejayaan. Selalunya jalan singkat ini menyebabkan orang ramai mempunyai tanggapan buruk terhadap industri jualan langsung.

Soalan seterusnya apakah yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat anda. Apa infrastruktur dan sistem yang anda perlukan? Siapa pula yang anda mahu taja atau rekrut untuk bersama-sama mencapai matlamat. Pemimpin MLM selalu mengajar anak buah mereka supaya merekrut siapa saja yang ditemui agar tidak terlepas emas yang dicari. Adakah ini yang anda mahu, adakah anda sanggup, mempunyai kemampuan dari segi tenaga masa dan sebagainya? Perlu tak anda membuat ayakan untuk mencari emas dalam timbunan batu. Jika ada membuat keputusan untuk mengayak, apa sistem dan infrastruktur yang diperlukan?

Dalam apa-apa usaha kita, termasuk kehidupan seharian bersama keluarga, kita perlu bertanya soalan kepada diri sendiri. Soalan-soalan ini akan memaksa kita berfikir untuk mencari jawapan. Jawapan ini akan dapat membantu kita menyediakan peta laluan (roadmap) yang mantap untuk mencapai matlamat, menetapkan perkara yang perlu dilaksana, sumber untuk melaksanakannya dan memantau kemajuaan pelaksanaan.

Label: ,

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home